Kerjaya politik Tarō Kōno

Kōno pertama kali terpilih ke Dewan Perwakilan Jepun sebagai ahli Parti Demokratik Liberal pada pilihan raya umum Oktober 1996, pada umur 33 tahun. Beliau memenangi pilihan raya yang dipertandingkan dalam daerah Kanagawa ke-15 yang baru dibuat meliputi bandar-bandar Hiratsuka dan Chigasaki, berdekatan dengan kawasan pilihan ayahnya di daerah Kanagawa ke-17 (Odawara dan Hadano). Sejak itu, dia terpilih enam kali masing-masing pada 2000, 2003, 2005, 2009, 2012 dan 2014. Majoriti kemenangannya meningkat dari 13.297 pada 1996 kepada 63.058 pada 2000, 71.968 pada 2003, dan 103.280 pada 2005. Jumlah undi yang diterimanya pada 2005 adalah sebanyak 186,770, jumlah kedua terbesar dalam sejarah pilihan raya Jepun (kedua selepas Perdana Menteri Koizumi dengan jumlahnya dalam pilihan raya yang sama).

Kōno sudah menjadi ahli lima jawatankuasa tetap Dewan Perwakilan: Ekonomi; Persekitaran; Kesihatan, Tenaga Kerja, & Kesejahteraan; Perdagangan & Industri; dan Kewangan. Di samping itu, beliau telah menjadi ahli dua jawatankuasa khas: Hal Ehwal Pengguna, dan Hal Ehwal Kanak-kanak & Belia.

Rujukan

WikiPedia: Tarō Kōno http://www.asahi.com/ajw/articles/AJ201708040029.h... http://www.asahi.com/sp/ajw/articles/13736021 http://www.scmp.com/news/asia/east-asia/article/21... http://www.straitstimes.com/asia/east-asia/japan-f... http://www.theguardian.com/world/2021/sep/04/outgo... http://www.xinhuanet.com/english/2018-01/28/c_1369... http://search.japantimes.co.jp/cgi-bin/nn20090920a... http://psephos.adam-carr.net/countries/j/japan/ http://isni.org/isni/0000000381383930 http://konotaro.org